Saturday, April 12, 2008

Riak rasa


Ada jiwa dalam keresahan,

Ada sentuhan kian merapuh,

Ada keluhan kesal membisik,

Ada pertembungan sepasang canggahan..

Rebahkan tiang besar yang melenyapkan matahari,

Kembalikan siang penuh warnariang..

resapkan segala percaturan kedalam kerak bumi

biar jadi tanah yang lebih berbudi.

Hapuskan keangkuhan meninggi,benamkan terus..

Jika ingin terus hidup ribuan tahun..

Mari khabarkan ceritakisah yang buat senyumenguntum..

Kekalkan..

Jangan merebah lagi..

Teruskan bercintaan, tiada perpisahan..

Jangan pedih dan juga perit, tolak saja ke lombong..

Rafiz’akarya

potong lidah


Inilah hari lidah kita dikeratlumat bila berkata benar dan menyuarakan suarahati..

Mati menunggu didepan bila hati berkocak mengorak keluar dari belantara kesombongan terkini..

Rafiz’akarya

..dan engkau BINTANG


ada satu bintang sunyi mengerlip di gelap langit malam..

ia seakan memandangku dalam suara hiba,

aku cuba merenungfaham bahasanya itu dengan tekun.

berkata ia tentang kesunyiannya dan ingin berteman dengan aku yang turut sepi dalam sunyi..

hibanya ia bila kuajukan tanya tentang rakan bintang yang lain..

katanya, ia disisihkan bila tidak lagi segemerlap dulu..

dan bintang lain telahpun meninggalkannya..

bercucuran airmatanya jatuh keribaanku..

aku kebasahan dalam kehibaan yang dialaminya..

aku cuba menenteramkan kehibaannya,

aku pujuk dan berjanji akan bersamanya di setiap malam.

Dan pagi pun menjenggah datang lagi, lalu engkaupun lenyap dibalik awan..

Ditelan terang..namun aku percaya kau tetap disitu..

Rafiz’akarya

Balada pemuda tak berumah


Disini aku duduk berimajinasi

tentang keadaan yang lebih baik buat aku sendiri..

aku berkhayal tentang tidur dan baring ditilam empuk,

ditiup kipas angin yang sejuk yang pasti menyamankan aku yang dalam kegelisahan tak berpenjuru ini..

aku berkhayal berbicara dengan ibuku dan kekasihku..

mereka senang sekali bersamaku,

senyum dan layanan mereka

ikhlas buatku..

Aku rindu akan saat itu..aku senang menangisi perkara yang berkaitan dengan kasih sayang, aku teringin sekali menitiskan air mata dibahu dalam pelukan kekasih dan ibuku..

Aku mahu berkongsi cerita-cerita gembira kisah aku dan perasaanku terhadap mereka..aku mahu sahabat yang gembira bila hadirku dalam tiada apa-apa..

Aku inginkan dunia ini penuh senyum dan perasaan cinta yang menghargai setiap keberadaan seseorang itu.

Mungkin dunia impianku ini cukup sekadar mimpi yang tak mungkin dapatku kecap..

Dan kerana itu aku hanya mampu berimajinasi..

Rafiz’akarya

Pulang


Bila letih,

Mengantuk,

Malam.

Semua orang pulang ..

Aku juga turut ingin pulang..

Kemana?..

kerana pulang bukan ada padaku..

Rafiz’akarya

tusuk!


Setelah beraksa kebencian kau himpunkan

Maka saat ini telahpun datang seperti yang kau rancang

Kau ambil pisau keangkuhanmu

dan kau hunus menikamku bukan saja dari belakang bahkan juga dari hadapan..

kau juga hulurkan pisau tadi pada rakanku sendiri..

lalu aku ditikam bertubi-tubi..

kesakitan ini aku bawa kesana-kemari,

tiada dapat aku sembunyikan

kepedihannya..darahku memancut dari segenap arah..

namun tiada yang peduli..

kini aku rebah, ditikam dan dibenci ..

aku lut ditikam mungkin..

tapi aku belum mati..

Rafiz’akarya

Bikin kerut


Hari-hari kebelakangan ini makin menyempit

Sehingga tulang rusukku ini berlaga kirikanan..

Dalam waktu berjalur luka,

Dendam dan kebencianku kian meracau..

Kemana dan pada siapa benci dan marah ini bukan lagi penting..

Aku ingin lenyapkan semua rasa ini..

Lahirkan aku kembali biar aku bersih suci.

Berkerut keningku berpeluh kesah,

Sulitnya diri mengukir senyum

Angin yang bertiup juga tak sedingin dulu..

Berdiri dalam ramai aku rasa sepi..

Rasa serupa bangkai semut yang tak dipeduli.

Hari-hari kebelakangan ini menyempit..

Aku makin tersepit..

Rafiz’akarya