Thursday, August 9, 2007

serigala cintaku

bernafas kencang seperti berlari
terjelir..
serigala
berlari mengejar
suatu dipanggil cinta
bertempiaran ketakutan terhambat..
ada takut tewas..
lalu dibaham berdarah ..
inikah cinta yg dicari?
bila diratah..
tiada bayangan indah dlm diskripsiku tentang cinta serigala..
dan itu..serigala!
kau serigala
kau ditahta kezaliman!
kau yg harus dihukum bukan dia wahai serigala!
kau binatang!
kau serigala..
lapah dada kaumku dgn lahapnya..
kalimat kami, kau peranjingkan..
kau binatang!

sebatang pena dan anak kecil..

bila anak kecil diberikan sebatang pena..

contenglah lakaran yg teringin dlm jiwa..
melakar suatu yg tak mudah diduga dan kadang tak berpenghujung lingkarangnya..
bulat-bujur-penjong dan segalanya..

kini kau dah mula berkata-kata dan mengata..
diisi dgn pelbagai perasaan lengkap menjadi manusia.
dan pena itu kau tulis segalanya..dgn gembira,sedih,marah,dengki,irihati perasaanmu itu akan kehidupanmu yg lara..

kau mula menjadi angkuh mencoretkan tentang dia,aku,semua..
dan tuduh aku pembunuh,kau cetuskan kehitaman emosi lalu meradang membias pada lembaran kertas putih tak berdosa..
kau mula bersyair tawar yg entah dari mana kau pelajari.
mula menarikan pena sesukahatimu..cuba berlagak halus
oh aku! aku org jahat..dan kau gagal merubahku kearah kebaikan dan seperti mana yg kau mahu..dan ludah-maki-tuduh-dan-bunuh..sekian


:rafiz'akarya

makan ger-gaji

makan gaji itu seperti makan gergaji, bila semuanya ditelan perlu dikerjakan seperti yg mereka kulikan.makan ger-gaji biarpun lemah namun ditelan serpihannya tanpa ditinggalkan kepingan saki-baki dan tiada yg peduli.sakit-menyakit ini cuma dalam perut kuli mkn ger-gaji yg siang malam menarah ger-gaji kemulut demi kenyang hujung bulan dan tembolok mereka lebih besar dan kereta mereka jadi besar..gaji pemakan ger-gaji tak sepadan dgn telanan besi menikam hati ini..darah ini cuma terluah pd lembaran ketidakpuashatian sendiri.berbanggalah dan megahlah mereka setelah pemakan ger-gaji kelak kenyang dgn darah-darah beku diperkulikan sesukahati tiada hatiperut..dan kuli pn makin hari makin cedera..

rafiz'akarya