Tuesday, June 26, 2007

sekam



telah aku gumpal sekeping benci lalu kubuang ke Laut China Selatan..


namun aku tak bertanya kemana akan dikemudi gumpalan yang menghanyut itu kan berlabuh..

Apamanapun hari itu,

Sang laut telah terlebih dahulu menggelorakan ombak kebenciannya keatas aku..

suaranya tidak selembut biasa..seperti tidak merestui pemergianku.. (dalam dia tahu dimana aku kan tetap pergi)

tiada angin yang menyanyi dipipiku..hanya Matari yg memandangku dari celahan awan mengelam yang menakung air berat (bila-bila saja dia mungkin kan gugur)..

matanya merah berlinang, seperti baru diusap airmata yang mengalir..

aku tertunduk, dan pasiran itu tidak lagi seputih semalam..

ombak pun tidak mahu lagi singgah dikakiku..

mungkin semuanya telahpun siap memasang benci sebelum aku kemari utk

membuang gumpalan benci yg jadi sekam selama ini..

dan aku melangkah pergi tanpa berpaling..berdesir esakan pantai, berbunyi sendu,

aku terusik, namun menangis dalam hati..itu lah terakhir kulihat laut dan pasirnya..

kudengar anginsendu dan suaraombak..yg saling berpantun luka..

dan apakah pantai ini akan terus membenciku?..


:rafiz'akarya

Sunday, June 17, 2007

tinjau

sabtu kelmarin aku ke sebuah art event yg menggabungkan musik, fashion dan kesenian. ramai anak muda yg hadir dengan agenda mereka sendiri. aku lebih kepada pemerhati yg tidak berapa halus, namun rasa kerdil dalam khalayak..banyak yg aku lihat semuanya berasaskan seni cantik..warna-warnian..namun tertanya aku, mengapa seperti ini semua dibuat-buat, semua org seperti ghairah seni sedangkan aku lihat ini sebagai lacuran seni,adakah kesucian seni itu mmg tiada dari dulu?..perlukah dilacurkan seni utk diterapkan dalam diri generasi muda?..aku sempat berbual pendek dgn seorang gadis dari Bandung, pujinya tentang remaja disini.."anak-anak disini keren ya!".."aku cuma senyum dan jawab "ya keren banget!" dlm loghat indonesia..mungkin dia fikir aku juga dlm golongan yg dtg kerana trend anak disini yg ghairah seni..seni buat-buat..aku disitu juga dan aku mungkin golongan senibuatan juga pada pandangan pemerhati sepertiku..

Friday, June 1, 2007

bertemu sayap

bertemu sepasang sayap,
mengangkatku lebih tinggi..
dan terus ingin kenal cinta,
yg tertulis bukan buatku..

aku bukanlah pendusta..
akulah pemuja!
menahan rasa ingin dicinta..
menjadi kegagalan laluan ini..

*ini sebenarnya sebuah lirik lagu yg aku tulis dulu..
lagu yg berkisar ttg lelaki yg sering gagal bercinta,dan dituduh penipu..jln beliau utk kenal cinta sejati amat sukar..mcm b'jln dlm api..

pelukis dan penyair

warna dan kata......
seperti pelukis dan penyair...
terdiam diperistirahatan sudut yang sepi
tak cukup warna dan rupa tuk mengambarkan NYA
pun kata tak selesai menguraikan NYA
terdiam,merenung dan berpikir ...
untuk kemudian kembali
bersiap melakukan lompatan ruang dan waktu.
walau sudah kau tuang warna-warni mu pada seluruh mayapada
meski sudah kau tancap setiap kata-kata sebanyak jumlah mahluk yang ada
tapi ini semua belum apa-apa
karna manusia memang bukan apa-apa
bukankah kita,warna dan kata adalah milik NYA
maka menyerahlah....
warna dan kata
seperti aku dan sahabat ku
bagaikan kita dan bayang-bayang
aku mencari mu dengan kata dan makna
engkau pun mencari dengan warna dan rupa.....
aku menyerah..
kau menyerah
semua menyerah
tetap berkarya
tetap mencipta
bergerilya
atau terbuka
di alam bebas
atau penjara
karna
suka
duka
lara
derita
dan nestapa....
adalah nyanyian indah langit dimalam sunyi
adalah bentangan sayap rajawali di langit ketujuh
yang berjalan dari tepi menuju isi....
maka menyerahlah!!!
sambil berkarya.....



karya:Penyair Langit

dia, misteri dan terus..

"aku harap gadis ini benar-hidup dan nyata..dan bukan lagi dtg dalam lewat pikiranku.."


sketch yg agak baru tentang gadis yg berahsia dan misterius. tidak mengambil masa yg lama utk nyiapkan sambil nunggu lelap..comot sedikit tp aku gembira dgn hasilnya :)

:rafiz'akarya

makanhati


sketch aku tentang mknhati..hati yg byk kena mkn (hati aku sedap kot?)..
ni suma soal cinta la..busuk betul..asik terkandas ditengah jln..selalu tak menjadi..sketch ni dah lama..tp aku suka tgk..sbb aku syok seniri kot..hahaha..

kakipuisi


hari-hari tanpa puisi seakan berdiri tanpa kaki,

disitu puisi aku meniti tersenyum seperti gadis sunti menguntum wangi..

matahari aku bersajak gah berpanas terikcahaya sianghari berhidup lagi

aku hirup angin puisi berzaman,tanpa berpaut pada sengketa dengki

dusta menabur aku balas dgn puisi..

mata mengabur masih aku berbahasa puisi..

adakata ini bukan puisi,
adakata ini bukan sajak,
ini bukan syair dan bukan pula pantun..
mana skeptet dan mana stanza..persoalan?..dlm aku tiada sekolah hukum-hakam, halal-haram utk puisi..dan ini bebas..seperti angin yg kau hirup secara bebas percuma..seperti mulut yg bebas berkata-kata, puji dan maki..

hari ini hari puisi

aku hidup lagi dlm puisi

sampai mati aku puisi

biar anak dan cucuku tau aku bukan muda bertempiaran tanpa pernah fikir,

"mimpi ini panjang mungkin tidak aku kecapi.."

ini pagi aku mahu pergi lagi..

disini..disana..tetap cari..sebelum layu..


mimpi panjang seorang pemuisi..

di cerun

berarakan datang kemari

debu-debu hitam pekat

menyesakkan nyawa.

setiap urat kelu

segulung darah celaru

nadi teragak-agak

menganggar detik.

perasaaan keinginan diheret

kecuram menanti putaran benci

didasarnya ada kekejaman

meronta ingin keluar

ingin saja memperlesetkan jatuh cinta ini..

kedalam dan diasak-asak lumat..

:r a f i z ' a k a r y a

"berambus.."




















tiada apa utk ditunggu,tiada yg harus ditunggu..lagi!!!

setelah dipersia dgn masa bersisa..harus aku berlalu..dalam ertikata 'berambus'..

tiada yg aku percaya walau matari tetap mencerahkan siang namun kolam hatiku tetap kekelaman..

berambus dr kotak ini..

pergi ke dalam lurahmu yg kau cipta..

tiada guna kau labuh disini

pedih!!!

dan aku 'berambus!'

:rafiz'akarya!

(bukan utk sesiapa..cuma penegasan pd dirisendiri)

relakah anjani?




oh sumpah itu keramat wahai Raja Bali!

ternganga!, seperti kehausan seteguk air..

oh sumpah itu keramat wahai Raja Bali!

apakah cinta telah gersang dipadang mu?

wahai Raja Bali yg gagah lagi perkasa!

tamatkanlah sumpah mu pada Dewi itu..

tiadakah belas lahir dihati mu?..

(Seri Rama berimbit takut anak berwajah kera..)

Seri Rama itu mengkosa?

lontarnya benih tepat...

dan kemulut Anjani...

terkosakah Anjani?...

apakah sumpah ini berakhir sudah?

karna sumpah berbunyi pd Dewi Anjani..

"kalau tak masuk benih Visnu kemulutnya, mulutnya akan terus ternganga.."

....relakah Ajani?

rafiz'akarya!

11:46am

24 jan 07

my room