Sunday, June 17, 2007

tinjau

sabtu kelmarin aku ke sebuah art event yg menggabungkan musik, fashion dan kesenian. ramai anak muda yg hadir dengan agenda mereka sendiri. aku lebih kepada pemerhati yg tidak berapa halus, namun rasa kerdil dalam khalayak..banyak yg aku lihat semuanya berasaskan seni cantik..warna-warnian..namun tertanya aku, mengapa seperti ini semua dibuat-buat, semua org seperti ghairah seni sedangkan aku lihat ini sebagai lacuran seni,adakah kesucian seni itu mmg tiada dari dulu?..perlukah dilacurkan seni utk diterapkan dalam diri generasi muda?..aku sempat berbual pendek dgn seorang gadis dari Bandung, pujinya tentang remaja disini.."anak-anak disini keren ya!".."aku cuma senyum dan jawab "ya keren banget!" dlm loghat indonesia..mungkin dia fikir aku juga dlm golongan yg dtg kerana trend anak disini yg ghairah seni..seni buat-buat..aku disitu juga dan aku mungkin golongan senibuatan juga pada pandangan pemerhati sepertiku..

7 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

kesian anak muda yang mengejar seni.
seni cukup mudah terlacur bila niat terlacur dari awal. seni ada dimana-mana. semuanya ada seni. seni itu luas.

Arinum said...

abaikan mereka. kita hanya perlu hidup di dalam dunia kita sendiri.

rafiz'akarya said...

hahaha..begitu juga kata usop..kita hanya hidup dlm kelompok yg kita seniri paham..bukan utk ditayang-tayang..

Arinum said...

yeah. aku dengan usop memang adik beradik (tiba tiba je)

inam kitites said...

aku ingin bikin wayang kisah idup kita utk di tayang tayangan perdana utk tayangan umum.

rafiz'akarya said...

memadaikah kita menayang kisah hidup kita?